#Hiburan: Kini Jadi ‘Minah Korea’, Ara Johari Mahu Ubah Penampilan

Sering tampil dalam imej lebih kasar dan ke arah kelekakian, penyanyi Ara Johari memberitahu bahawa dia ingin mengubah penampilannya kepada imej wanita Korea pula.

Ara atau nama sebenarnya Nurfarrah Izzatie Johari,24, mendedahkan bahawa dia sudah lama menggemari imej wanita Korea dan cuba untuk menerapkan penampilan tersebut dalam muzik video terbarunya, Tetap Aku Cinta.

Advertisement
View this post on Instagram

A post shared by Ara Johari (@arajohari)

Ujarnya lagi, dia sudah lama ingin mengubah penampilan namun bimbang akan persepsi peminat yang tidak dapat menerima imej yang lain daripada sebelumnya namun perlahan-lahan ke arah tersebut.

“Sekarang pun nak cakap Ara berubah kepada imej feminin itu tidak juga sebab Ara pakai apa yang selesa dan selagi benda tu cute, Ara akan pakai. Tapi untuk video muzik lagu terbaharu, Tetap Aku Cinta ini, Ara cuba berimej Korea dan melihat respon orang cakap sesuai.”

Dia ditemui ketika majlis pelancaran muzik video single terbarunya itu secara virtual, baru-baru ini.

View this post on Instagram

A post shared by Ara Johari (@arajohari)

Kata penyanyi lagu Bunga ini lagi, terdapat pelbagai respon daripada peminat, ada yang negatif dan juga positif namun dia menerima kritikan dengan hati terbuka.

“Sekarang Ara cuba untuk jadi lebih feminin tapi taklah sampai pakai dress cuma more to Korean look, skirt pendek. Tapi untuk dress, Ara tak berani lagi nak ke arah tu..” jelasnya lagi.

BACA: Nama ‘Tenggelam Timbul’, Ara Johari Tak Hilang, Kini Sibuk Berniaga Makanan

The post Kini Jadi ‘Minah Korea’, Ara Johari Mahu Ubah Penampilan first appeared on Beautifulnara - Gosip Artis Malaysia Terkini.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments