#Hiburan: Hampir 60 Peratus Pendapatan Terjejas Ketika PKP, Siti Nordiana Pakai Duit Tabung Simpanan Tampung Kehidupan

Penyanyi dan juga pelakon, Siti Nordiana yang lebih mesra disapa sebagai Nana mengakui bahawa kehidupannya kini agak terjejas hampir 60 peratus sejak penularan wabak COVID-19, awal tahun lalu.

Nana menjelaskan bahawa pendapatannya tidak dapat dijana kerana banyak persembahan nyanyian untuk majlis-majlis dan keramaian sudah tidak dibenarkan sepanjang perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Advertisement

Larangan itu dibuat oleh kerajaan kerana ingin mengekang penularan wabak dengan memastikan orang ramai tidak berkumpul di suatu tempat pada satu waktu yang sama.

Meskipun kehilangan mata pencarian, ujar Nana dia bersyukur kerana masih mempunyai tabungan yang boleh digunakan serta sedikit sebanyak dapat membantu dirinya untuk meneruskan hidup ketika waktu pandemik ini.

Dia dalam pada itu turut mengambil peluang untuk menceburi bidang perniagaan dalam talian serta bidang lakonan dan penerbitan lagu.

Advertisement

Tambah Nana lagi, dia sangat bersyukur kerana masih mampu melunaskan segala bayaran komitmen bulanan seperti biasa namun sedar dirinya kini perlu lebih bekerja keras dalam mencari rezeki.

Manakala ketika ditanyakan mengenai isu vaksinasi, Nana memberitahu bahawa dia masih belum mendapat tempat untuk menerima suntikan tersebut namun akan terus berusaha agar dapat divaksinasi.

“Kepada anda semua yang permohonan vaksin sudah berjaya, ambillah peluang itu. Anda sudah ada rezeki, manakala orang lain masih ramai yang terpaksa menunggu giliran. Janganlah tidak hadir ke Pusat Pemberian Vaksin (PPV) ditetapkan. Untuk saya, memang nak divaksin dengan segera, namun permohonan tidak berjaya..”

Perkembangan terkini, Nana yang turut bergelar ibu tunggal kepada seorang anak lelaki itu baru-baru ini tampil dalam sebuah sidang media virtual bagi majlis pelancaran single terbaharunya yang berjudul Cukup Derita.

The post Hampir 60 Peratus Pendapatan Terjejas Ketika PKP, Siti Nordiana Pakai Duit Tabung Simpanan Tampung Kehidupan first appeared on Beautifulnara - Gosip Artis Malaysia Terkini.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments