Pelakon, Datuk Fizz Fairuz menerusi sebuah hantaran di Instagramnya memohon agar peniaga skala kecil untuk turut serta menjalani Sekatan Pergerakan Penuh yang dilaksanakan kini bagi mengekang penularan jangkitan virus COVID-19.
Datuk Fizz Fairuz atau nama sebenarnya Mohd. Fairuz Zainal Abidin,41, menzahirkan perasaan bimbang apabila melihatkan para peniaga kecil yang masih dibenarkan berniaga kerana ianya dapat menggalakkan orang ramai keluar dari kediaman masing-masing.
View this post on Instagram
“Nak tanya kejap, kalau bukak peniaga kecil ini, agaknya menggalakkan orang keluar membeli ke macam mana? Tanya je, kalau boleh kita lockdown sekejap, dua minggu je. Kita sama-sama susah sekejap lepas tu kena sama-sama cari rezeki. macam mana? Tak begitu?
Meninjau ruangan komen, pertanyaan Fizz Fairuz itu ternyata telah mendapat reaksi yang pelbagai daripada peminat serta pengikut media sosialnya.
View this post on InstagramAdvertisement
View this post on Instagram
Ada yang berpendapat bahawa Fizz Fairuz tidak memahami kesusahan yang dihadapi peniaga kecil yang sangat terjejas sepanjang tempoh PKP ini.
“Sembang memang senang bang, tapi cuba jadi peniaga kecil. Sampai catu makanan semata nak bayar bil api air..” tulis seorang pengguna warga maya.
Namun ada juga yang bersetuju dengan pernyataan Fizz yang inginkan semua industri untuk menutup sementara perniagaan dan perusahaan sepanjang tempoh dua minggu ini.
The post Galak Masyarakat Keluar Membeli, Fizz Fairuz Saran Peniaga Kecil Ikut Sama ‘Total Lockdown’ first appeared on Beautifulnara - Gosip Artis Malaysia Terkini.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments