Pelakon dan juga pelawak, Enot menzahirkan perasaan kecewa dengan sikap sesetengah netizen yang menuduhnya riak dan bangga kerana mampu bertahan apabila berdepan dengan wabak COVID-19 setelah dia disahkan positif pada hari Ahad yang lalu.
Dia yang sebelum ini pernah berjuang melawan penyakit kanser selama tiga tahun sebelum ini dikatakan berbangga dengan kemampuannya melawan COVID-19.
View this post on Instagram
Ujar Enot, apa yang dikongsikan dirinya di media sosial hanyalah sebagai salah satu cara untuk menaikkan semangat bagi melawan virus membunuh itu.
“Saya hanya cakap kalau tiga tahun saya boleh berdepan kanser, setakat 14 hari mesti saya boleh juga. Namun, kenyataan saya disalah erti sesetengah pihak sehingga mereka mengatakan saya riak dan bangga sedangkan itu salah satu cara untuk menguatkan semangat saya.”
Advertisement
Tambah Enot, dia hanya ingin menguatkan mental dan fizikal kerana memikirkan anak-anak untuk dijaga di samping sudah kehilangan kedua ibu bapa tercinta.
Dia dalam pada itu cuba untuk berfikiran positif apabila diuji dengan kata-kata sedemikian rupa namun hakikatnya, ianya agak sukar.
View this post on Instagram
“Wabak ini ibarat meletakkan parang ke leher kerana kita tak boleh nampak. Apa-apa sahaja boleh berlaku..” ujarnya lagi.
Terdahulu, Enot telah disahkan positif virus tersebut setelah menjadi kontak rapat salah seorang kru produksi sebuah penggambaran drama, baru-baru ini.
Enot juga memberitahu bahawa dia mengalami gejala seperti demam, muntah, batuk dan cirit-birit selepas dua hati melakukan ujian calitan.
View this post on Instagram
Terkini, keadaannya semakin baik namun masih kehilangan deria bau dan mudah penat sehingga ke hari ini.
Pelakon drama Madam E-Wallet ini pernah menghidap kanser usus sekitar tahun 2013 yang lalu dan kini sudah bebas daripada penyakit tersebut.
The post Dituduh Riak Dan Bangga Kerana Mampu Hadapi COVID-19, Enot Kecewa Dengan Sikap Segelintir Netizen first appeared on Beautifulnara - Gosip Artis Malaysia Terkini.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments