#Hiburan: “50 Tahun Tapi Macam 30 Je!” Tengku Permaisuri Selangor Sambut Hari Kelahiran, Netizen Puji Awet Muda Sentiasa

Tengku Permaisuri Selangor, Tengku Permaisuri Norashikin dilaporkan telah menyambut ulang tahun kelahirannya yang ke-50 pada semalam.

Perkara tersebut dihebahkan akaun rasmi Instagram Selangor Royal Official di mana beberapa ucapan dan dedikasi khas sempena hari kelahiran telah ditujukan buat Tengku Permaisuri berserta titipan doa selamat.

Namun, apa yang lebih menarik perhatian netizen adalah penampilan Tengku Permaisuri yang seperti tidak dimamah usia meskipun sudah mencecah umur 50 tahun.

Tengku Permaisuri dilihat tampil muda dan awet muda seperti yang diperkatakan pengguna media sosial.

Advertisement

Meninjau ruangan komen hantaran tersebut, rakyat terutamanya penduduk negeri Selangor tidak melepaskan peluang untuk mengucapkan selamat hari lahir di samping memuji Tengku Permaisuri kesayangan ramai itu.

“50 tahun tapi macam 30 je. Happy Birthday Tuanku..” tulis seorang pengguna warga maya.

Sekadar info, Tengku Permaisuri Norashikin telah berkahwin dengan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah pada 31 Ogos 2016 yang lalu, bertempat di Masjid Diraja Istana Alam Shah, Klang.

The post “50 Tahun Tapi Macam 30 Je!” Tengku Permaisuri Selangor Sambut Hari Kelahiran, Netizen Puji Awet Muda Sentiasa first appeared on Beautifulnara - Gosip Artis Malaysia Terkini.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments