Youtuber masakan terkenal, Che Nom harini di media sosial Twitter telah memberi kebenaran kepada netizen yang ingin menggunakan tips dan resipi masakan yang dikongsinya di Youtube serta platform sosial yang lain termasuklah untuk tujuan berniaga.
Menyifatkan perkongsiannya selama ini sekadar berkongsi rezeki, jelas Che Nom dia tidak berniat untuk meletakkan tanda dagang ke atas setiap resipinya.
Che Nom yang sangat popular dengan gaya masakan seperti ibu-ibu di rumah itu turut membenarkan orang ramai menggunakan wajahnya untuk dijadikan bahan perniagaan seperti pelekat (sticker) atau bunting (banner).
Siapa nak guna resepi Che Nom buat meniaga, guna lah… Tak perlu minta halal minta izin pun.Takda trademark. InsyaAllah sama2 kita cari rezeki.
— Che Nom (@realCheNom) January 13, 2021
View this post on Instagram
Ternyata, ciapan tukang masak itu telah mendapat pujian serta reaksi positif daripada pengguna media sosial. Malah, ada yang turut mendoakan agar rezeki Youtuber itu terus melimpah ruah kerana tidak lokek berkongsi ilmu berkenaan masakan.
Sekadar info, saluran Youtube Che Nom telah mengumpul hampir 1 juta serta 70,000 pengikut di Instagram.
The post Youtuber Masakan Che Nom Halalkan Netizen Gunakan Resipinya Untuk Berniaga, -“Tak Ada ‘Trademark’..” first appeared on Beautifulnara - Gosip Artis Malaysia Terkini.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments