Pelakon Harris Annuar menerusi akaun Instagramnnya memaklumkan dia kini sudah menerima kebenaran pelepasan daripada melakukan isolasi usai saja dia bebas daripada jangkitan COVID-19 baru-baru ini.
Dia yang menjalani kuarantin kendiri selama 12 hari sejak 4 Januari lalu dikhabarkan telah pulang ke pangkuan ahli keluarga dan turut berkongsi surat pelepasan yang diterimanya daripada Kementerian Kesihatan.
Harris dalam entri terbarunya itu turut memuat naik video memaparkan dia telah membuat kejutan kepada ibunya yang juga usahawan, Zaiton Hassan atau lebih dikenali sebagai Kak Ton sebaik saja dapat pulang ke rumah.
Kak Ton dalam video tersebut kelihatan sebak melihatkan keadaan anaknya kini yang lebih kurus dan gelap daripada kebiasaan.
View this post on Instagram
Menggelarkan Harris sebagai Aboi, Kak Ton ternyata amat merindui anak lelakinya itu setelah terpisah selama hampir 2 minggu.
Pelakon drama Isteri Bukan Untuk Disewa ini walau bagaimanapun menjelaskan kepada ibu kesayangan bahawa kehidupannya baik-baik saja sepanjang tempoh kuarantin.
View this post on Instagram
Terdahulu, Harris Annuar telah disahkan positif COVID-19 selepas dia pulang daripada bercuti di Langkawi, Kedah.
The post Semakin Kurus Dan Gelap, Ibu Terkejut Tengok Keadaan Harris Annuar Usai Isolasi COVID-19 first appeared on Beautifulnara - Gosip Artis Malaysia Terkini.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments