#Hiburan: Dikritik Kerana Biar Rambut Anak Lelaki Panjang Mengurai, Amar Baharin Jelas Ada Sebab Tersendiri

Memilih untuk membiarkan rambut anak lelakinya panjang mengurai, Amar Baharin berkata dia mempunyai sebab tersendiri membiarkan Aqeef Anaqi menggayakan gaya rambut seperti itu.

Amar Baharin & Amyra RosliSumber : Instagram Amar Baharin  

Ini berikutan Amar Bahari dilihat telah menerima teguran daripada beberapa individu yang prihatin melihatkan keadaan anak sulungnya itu kini di ruangan Instagram miliknya.

Enggan membiarkan individu tersebut daripada terus membuat andaian, Amar berkata dia hanya mengikut sunnah yang disarankan oleh Rasullullah S.A.W.

Advertisement
Amar Baharin dan keluargaSumber : Instagram Amar Baharin  

“Awak tak perlu kasihan dekat anak saya..bila dia tanya, saya cerita sirah Nabi. Pernah rambut panjang, pernah botak. Jangan lupa cerita juga sunnah-sunnah Nabi pada anak-anak. InsyaAllah dia membesar jadi anak soleh dan solehah ahli sunnah. Saya doakan awak! Jangan kasihankan Nabi pula ya, Nabi itu kita jadikan ikutan dan panduan. InsyaAllah semoga bermanfaat.”

Sebelum ini, seorang pengikut Amar Baharin di Instagram telah tampil menegur gaya rambut anak sulung pelakon ini yang juga suami kepada pelakon Amyra Rosli kerana dilihat terlalu panjang dan kurang sesuai untuk seorang kanak-kanak lelaki.

Jawapan Amar Baharin

Meskipun begitu, rata-rata peminat beranggapan bahawa Ammar sebagai seorang bapa pasti mengetahui apa yang terbaik untuk anaknya.

Sekadar info, Amar Baharin dan Amyra Rosli telah mendirikan rumah tangga pada 11 November 2016 dan telah dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Aqeef Anaqi,3, dan Ayra Aryssa yang kini berusia hampir setahun.

The post Dikritik Kerana Biar Rambut Anak Lelaki Panjang Mengurai, Amar Baharin Jelas Ada Sebab Tersendiri first appeared on Beautifulnara - Gosip Artis Malaysia Terkini.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments