#Hiburan: Meskipun Sedang Berpantang Hari Ke-13, Mawar Rashid Gigih Buat Kejutan Hari Jadi Buat Suami

Pelakon Mawar Rashid yang baru sahaja melahirkan cahaya mata kedua lebih kurang dua minggu lalu nampaknya masih lagi berusaha untuk menggembirakan hati suaminya iaitu Raf Yaakob yang telah menyambut hari kelahiran ke-35, baru-baru ini.

Kejutan itu ternyata telah menyentuh hati Raf atau nama sebenarnya Raden Ahmad Faizal Yaakob kerana isterinya yang masih dalam berpantang itu sanggup bersusah payah membuat kejutan istimewa buatnya.

Dia dilihat telah berkongsi perkara tersebut menerusi akaun Instagramnnya untuk tatapan peminat.

Advertisement

“Saya tak minta hadiah dan sebagainya, dan saya tak harapkan sambutan hari lahir memandangkan awak masih berpantang. Tapi bila awak uruskan semua ini, saya sangat terharu. Terima kasih Anje untuk merancang dan menguruskan semua ini. Rasa dihargai sangat! Dan terima kasih banyak-banyak untukk hadiah! Love you my lady @mawarrashid”

Dalam pada itu, Mawar dilihat turut memberi hadiah berupa beg berjenama Louis Vuitton buat suami tersayang.

Meninjau ruangan komen pula, ramai pengikut serta peminat yang mengucapkan doa selamat buat Raf sempena hari lahirnya itu.

Mawar dan Raf baru-baru ini telah menyambut kehadiran ahli keluarga baru apabila pelakon wanita tersebut telah melahirkan cahaya mata kedua iaitu bayi perempuan yang diberi nama Raden Seri Rossabella Cinta pada awal Januari ini. Pasangan romantis ini telah mendirikan rumah tangga pada November 2017 yang lalu.

The post Meskipun Sedang Berpantang Hari Ke-13, Mawar Rashid Gigih Buat Kejutan Hari Jadi Buat Suami first appeared on Beautifulnara - Gosip Artis Malaysia Terkini.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments