Umum mengetahui bahawa bekas isteri pelakon Fizo Omar, Mawar Karim dan anak mereka, Wan Maryam telah pun disahkan positif COVID-19 pada awal bulan ini.
Selepas menjalani rawatan dan kuarantin di sebuah hospital, mereka berdua kini telah pun disahkan bebas daripada jangkitan virus tersebut. Berita baik itu dikongsikan sendiri oleh usahawan wanita itu menerusi laman Instagram miliknya.
Malah, Mawar sempat mengucapkan menitipkan ucapan terima kasih kepada orang ramai yang memanjatkan doa dan memberi kata-kata semangat kepada mereka bedua. Dia juga mengucapkan ribuan terima kasih kepada barisan hadapan yang berusaha keras bagi membendung pandemik ini.
Dalam pada itu, Mawar turut berkongsi simptom yang dialaminya selepas disahkan positif COVID-19. Katanya, semasa sesak nafas, dia turut mengalami pening kepala yang teruk. Pun begitu, dia memilih untuk tidak menunjukkan kesakitan tersebut di hadapan keluarganya bagi mengelakkan rasa risau.
Semoga Mawar dan Maryam terus kekal sihat.
The post Mawar Karim & Anak Disahkan Bebas Jangkitan COVID-19 first appeared on Beautifulnara - Gosip Artis Malaysia Terkini.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments