#Hiburan: Jasmine Suraya Pilih Remy Ishak Sebagai Gandingan Untuk Babak Panas

Tidak dinafikan bahawa pelakon berbangsa Cina yang berasal daripada Sarawak, Jasmine Suraya kini semakin banyak tampil dalam pelbagai drama tempatan.

Semakin popular dalam kalangan peminat drama Melayu, pelakon tersebut nampaknya turut aktif di laman media sosial bagi berinteraksi dengan peminatnya.

Terbaru, wanita berusia 32 tahun itu telah membuka sesi soal jawab bersama pengikutnya. Banyak juga soalan cepumas yang ditanya!

Advertisement
jasmine surayaSumber : Instagram Jasmine Suraya  

Antaranya,

“Saya tertanya-tanya sama ada awak boleh lakonkan babak panas dalam filem atau pun drama?”

Tidak segan untuk menjawabnya, Jasmine mengakui bahawa dia bersedia untuk melakukan babak sedemikian sekiranya ia wajar dan mempunyai impak buat penonton.

Malah wanita itu turut menamakan pelakon Remy Ishak sebagai gandingan yang dimahukan bagi menjayakan babak tersebut.

“Jika saya diberi pilihan, saya akan memilih Remy Ishak untuk melakonkan babak itu bersama saya. Hahaha.”

jasmine suraya

Padan juga gandingan Jasmine Suraya dan Remy Ishak kan?

The post Jasmine Suraya Pilih Remy Ishak Sebagai Gandingan Untuk Babak Panas first appeared on Beautifulnara - Gosip Artis Malaysia Terkini.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments