Usahawan kosmetik, Nur Sajat mencetuskan banyak kritikan sejak beberapa hari lalu apabila dia bertindak melampau berpakaian seperti wanita lengkap bertelekung ketika menunaikan ibadah umrah. Apa yang dilakukannya kini menjadi perhatian ramai termasuklah pihak kerajaan yang mengatakan Sajat telah memberi imej buruk kepada Islam dan negara Malaysia.
Baru-baru ini, model dan pelakon Haneesya Hanee turut memberikan pandangannya mengenai kontroversi Sajat.
Memahami situasi, Haneesya berkata orang ramai khuatir jika Sajat telah menjejaskan ibadah orang lain. Sekiranya benar dia seorang lelaki, maka apa yang dia lakukan adalah satu kesalahan berat, duduk di saf wanita ketika solat di Masjid Nabawi & Masjidil Haram. Boleh terputusnya saf wanita sebab adanya lelaki, aurat jemaah wanita lain juga tercalar selain solat mereka terbatal.
Ada netizen tetap sokong Sajat
Meskipun Sajat telah mencemarkan tempat ibadah dan Tanah Suci, namun masih ada juga sesetengah netizen yang berpihak kepadanya.
Tidak setuju apabila status jantinya dipersoal dan dikritik. Mempertikaikan mengapa masyarakat ingin terus mengecam Sajat.
“Sajat lelaki apa dia buat itu haram”
Tidak hanya berdiam diri, Haneesya tampil menyelar penyokong Sajat. Mengapa mereka masih lagi ingin menyokong seseorang yang secara jelas telah melakukan perkara haram, mempermainkan agama dan mencemarkan tempat suci bagi umat Islam.
Netizen sokong Haneesya
Terdahulu, rata-rata netizen meminta agar pihak berwajib mengambil tindakan terhadap Sajat. Mereka tidak boleh menerima cara usahawan itu yang “mencemarkan” bumi Makkah dan Madinah iaitu dua tempat paling suci bagi umat Islam. Perkara ini tidak boleh dipandang remeh dan tindakan serius perlu diambil.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments