Lama hilang dari “radar media sosial”, nama selebriti kontroversi Azwan Ali atau lebih dikenali dengan panggilan Diva AA kembali dengan laharannya dengan kata-kata yang menusuk sehingga berdarah di dalam hati.
Azwan menerusi akaun Twitternya baru-baru ini memuat naik video, menghina cara kematian dua orang anak Datuk Seri Vida dan membakar minyak wangi pemberian wanita itu.
Kecewa dan terkilan, itulah yang dirasakan oleh DSV yang menganggap tindakan Azwan itu melampaui batas dan sangat menyinggung perasaannya.
Dia amat sedih kerana memperkotak-katikkan kematian anaknya yang maut dalam tragedi kebakaran, kira-kira tujuh tahun lalu. Malah, Azwan juga turut mempersendakan kegagalan rumah tangga DSV.
Tindakan Azwan tidak boleh dimaafkan
Difahamkan, tindakan keterlaluan Azwan itu adalah kerana soal bayaran dimana dia tidak berpuas hati dan mendakwa DSV tidak membayarnya setelah membuat kemunculan di sebuah acara yang dianjurkan usahawan itu.
Apa-apa pun, kami harap kedua-dua pihak ini dapat bertemu empat mata dan berbincang secara baik agar tidak timbul lagi sebarang persengketaan.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments