Pelakon cantik manis, Mira Filzah baru-baru ini mengakui sedang mengenali hati budi seorang lelaki, namun bukanlah dalam kalangan yang terlibat dalam industri hiburan.
Cinta hatinya itu, bukan calang-calang orangnya dan merupakan anak kepada dikenali sebagai Wan Emir Astar. Seorang arkitek yang memiliki firma seni bina serta perniagaan sendiri dan juga anak kepada Ahli Parlimen Kuala Kangsar, YB Datin Mastura Mohd Yazid.
Sebelum ini, timbul ada desas-desus mengatakan Mira sudah dirisik dan bakal bertunang pada September tahun ini. Namun, dia menafikannya dan mengatakan hubungan mereka belum serius dan masih dalam fasa mengenali hati budi masing-masing.
Bagaimanapun, menerusi satu muat naik di Facebook rasmi Datin Mastura, dia seakan memberikan bayangan bahawa anaknya sedang melalui fasa baru dalam kehidupan. Mungkin juga Wan Emir sudah merisik Mira sebagai suri hidupnya dan bakal bertunang tidak lama lagi?
Mira pakai cincin
Malah, satu sumber terdekat turut memuat naik foto Mira memakai sebentuk cincin di jari manisnya dengan ucapan tahniah. Mungkin juga itu cincin merisik.
Difahamkan, Wan Emir merupakan teman lama Mira sewaktu zaman belajar dahulu dan mereka memang rapat. Bagaimanapun, hubungan mereka terputus selepas lelaki itu melanjutkan pelajaran di luar negara.
Terdahulu, Mira berkata buat masa ini dia enggan berbicara mengenai kisah peribadinya. Biarlah ia menjadi rahsia demi menjaga hati kedua-dua belah keluarga.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments