#Hiburan: Zarina Zainuddin Didenda RM17,500 Jual Produk Kosmetik Tidak Berdaftar Dengan KKM

Sekarang ini ramai artis yang menjual produk kosmetik dan kesihatan. Sesetengah produk sudah mendapat kelulusan Kementerian Kesihatan Malaysia tetapi yang menjadi masalah dan bahaya kepada pengguna adalah produk yang tidak mendapat sebarang kelulusan dan berpotensi mengandungi bahan kimia beracun.

zarina zainuddin didenda

Terbaru, pelakon drama popular Zarina Zainuddin didenda RM17,500 oleh Mahkamah Majistret Petaling Jaya hari ini, atas enam pertuduhan memiliki dan menjual alat kosmetik tidak bernotifikasi, Januari lalu.

Majistret, M Bharat menjatuhkan hukuman tersebut selepas Zarina mengaku salah ke atas enam pertuduhan terhadapnya yang kebanyakannya membabitkan kosmetik tidak berdaftar tanpa notifikasi Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

zarina zainuddin produk kosmetik

Zarina menepis telefon bimbit wartawan yang bertugas di mahkamah

Bagi pertuduhan pertama, Zarina sebagai pengarah Syarikat Addura Marketing Sdn Bhd didakwa menjual satu set kosmetik mengandungi sekotak Addura Black Soap, satu bekas Addura Day Cream (tujuh gram), satu bekas Addura Night Cream (tujuh mililiter).

Bagi pertuduhan kedua, dia didakwa memiliki tiga set sama. Bagi pertuduhan ketiga hingga keenam, Zarina didakwa atas pertuduhan memiliki kosmetik yang tidak bernotifikasi masing-masing 68 kotak Addura Black Soap; 279 bekas Addura Day Cream; 89 bekas Addura Day Cream (tujuh gram); dan 205 bekas Addura Day Cream (10 mililiter).

zarina zainuddin kosmetik tidak lulus kkmZarina didakwa mengikut Seksyen 18A(1) Peraturan-Peraturan Kawalan Dadah dan Kosmetik 1984 yang menjadi kesalahan di bawah Peraturan 18A (15) peraturan yang sama. Jika sabit kesalahan, OKS boleh dikenakan denda maksimum RM50,000 bagi kesalahan pertama atau maksimum RM100,000 bagi kesalahan kedua.

Pelakon wanita itu yang tidak diwakili peguam membuat rayuan agar mahkamah menjatuhkan hukuman ringan terhadapnya. Difahamkan Zarina pernah didakwa di mahkamah atas kesalahan yang sama pada tahun 2008.

Sumber Berita & Foto : BH ONLINE


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments