#Hiburan: Sibuk Dan Tiada Masa Untuk Penjagaan Diri? Jangan Risau, Tips Mudah Untuk Anda!

Sesibuk mana pun kita, kecantikan muka perlu dijaga kerana barkait rapat dengan kesihatan. Ramai wanita di luar sana kurang mengambil berat tentang kesihatan diri sendiri kerana terlalu sibuk dengan rutin harian mereka.

wanita selfie

Ada diantara wanita yang sangat sibuk sehingga tak ambil sarapan pagi sebab terkejar-kejar dengan urusan kerja dan urusan rumah tangga. Tak kira sama ada bujang atau pun berumah tangga, mereka sering mengabaikan diri sendiri.

wanita kepenatan

Kerana terlalu sibuk, mereka tak sempat menguruskan diri dan menyebabkan sentiasa berfikiran negatif dan akan menjadi lemah. Kehidupan akan jelas hala tuju dan matlamatnya jika kita mengubah persepsi, mengubah keutamaan, mengubah fokus kehidupan, daripada negatif kepada positif.

Penampilan imej diri seseorang amat bergantung kepada emosi yang ada dalam hati atau jiwa kita. Jika dalaman kita, iaitu jiwa tidak elok, secara tidak sedar, kita juga akan mempamerkan hanya yang tidak elok kepada sifat luaran kita dan penampilan diri kita.

Lazimnya, orang yang kacau jiwanya akan mempamerkan penampilan diri yang negatif, pakaiannya tidak terurus, rambut kusut-masai, berwajah masam muram dan susah hendak senyum. Pada wajahnya sahaja sudah dapat kita baca isi hatinya.

Jadi, kepada semua wanita di luar sana mari kami kongsikan 6 rahsia cantik, sihat, dan sentiasa ceria walaupun hari-hari sibuk:

1. Lakukan senaman ringkas

senaman ringkas

Senaman akan memberi anda lebih banyak tenaga dan mengekalkan bentuk badan anda. Satu penyelidikan baru dari Universiti McMaster menunjukkan bahawa latihan ketahanan akan membantu anda melawan dan melambatkan tanda-tanda penuaan, seperti rambut cepat botak, beruban dan kulit cepat nipis.

Ini juga dapat membantu kehidupan lebih tenang walaupun anda hanya berlari 15 minit.

2. Stop picit jerawat

picit jerawat

Jangan sesekali memicit jerawat pada bahagian muka. Ini akan menyebabkan muka anda berparut dan menyebabkan jangkitan kuman. Kulit anda tidak akan sembuh dengan betul. Segelintir wanita yang tiada masa untuk menjaga muka, gemar memicit jerawat pada muka sehingga ia merebak ke bahagian lain. Sebenarnya tangan anda sendiri penyebab jerawat merebak.

3. Bersihkan mekap sebelum tidur

cuci mekap sebelum tidur

Satu hari penuh setelah melakukan pelbagai jenis pekerjaan, bagi segelintir wanita sudah pasti ingin rehatkan badan buat seketika. Apabila sudah terlalu penat itu penyebab mereka jadi malas untuk mencuci muka dan juga mandi.

Tidur dalam keadaan muka yang masih penuh dengan segala kotoran dan solekan masih lekat di muka adalah sangat tidak bagus untuk wajah anda.

buang kesan gincu

Sudah pasti anda menginginkan wajah dan kulit yang cantik, putih dan bersih. Tetapi jika perangai malas dan pentingkan penat, anda tidak akan dapat wajah yang diimpikan. Sebaiknya cucilah muka sebelum tidur.
Jika anda lakukan rawatan ini sebagai rutin harian, sudah pasti wajah anda tidak akan dimakan usia malah kedutan juga tidak akan muncul di wajah anda. Ini kerana regenerasi kulit bekerja pada waktu malam.

4. Jangan syampu rambut setiap hari

syampu rambut

Segelintir daripada korang mesti cuci rambut setiap hari dengan harapan nak hilangkan masalah rambut dan kulit kepala seperti gatal-gatal, kelemumur dan rambut kering. Tapi kan, korang rasa rambut korang sihat ke kalau cuci hari-hari?

Percaya atau tak, menurut pakar rambut, rutin harian korang tu sebenarnya bukan memulihkan tapi menambah lagi kerosakan pada rambut! Syampu yang korang pakai tu bukan je buat rambut kering, malah ia menghilangkan natural conditioner kat kepala.

Korang cuma perlu cuci selang sehari atau sekali untuk dua ke tiga hari je. Dalam masa yang sama rambut korang boleh hasilkan minyak semula jadi. Kalau korang rasa rambut dan mula berminyak dan kepala gatal-gatal, kena lah cuci dan syampu okayss!

dua wanita berseronok

Harap semua wanita ambil berat pasal penjagaan rambut, termasuk yang bertudung tu. Yelah, siapa je tak nak rambut yang bersinar dan cantik kan?

5. Dapatkan tidur yang cukup

tidur yang cukup

Agak sukar untuk kita semua mendapatkan rutin tidur yang sihat. Tetapi jika anda dapat tidur 7 jam, ia dapat menguatkan sistem badan, meningkatkan mood dan mampu mengendalikan stress.

Kerap kali jika tak cukup tidur, hormon dalam badan anda akan membuatkan anda makan lebih banyak. Ingat! Jika tak cukup 7 jam tidur setiap malam, berat badan akan menaik dengan mendadak.

6. Luangkan sedikit masa untuk diri anda

luangkan sedikit masa

Aktiviti yang meningkatkan kesihatan dan kebahagiaan akan membantu diri anda lebih berkesan dan produktif dalam setiap aspek kehidupan. Kadangkala disebabkan kekangan masa yang terlalu kuat membuatkan anda tak sempat untuk menikmati hidup yang sepatutnya.

Jika sebelum ini anda sering mengabaikan penampilan anda, apa kata sekarang anda mengubahnya.

Iaitu berpenampilan lebih baik dengan memakai pakaian kemas dan jangan lupa menjaga kesihatan muka.

facial

Rutin penjagaan kulit anda sepatutnya menjadi bahagian paling penting setiap hari jika anda ingin mengekalkan kulit flawless.

gunakan krim olay

Biarlah angka bertambah setiap tahun yang penting kita tahu cara untuk menjaga kecantikkan yang dimiliki supaya tidak dimakan usia, gitewwww… macam mana ya nak kekal awek muda?

Selain penggunaan produk pencuci muka, pelembap dan krim pelindung cahaya matahari, dan diikuti rawatan kulit wajah dengan penggunaan produk seperti serum, krim malam dan krim mata, sebaiknya, pilih produk rawatan anti penuaan yang sesuai untuk umur kita sebab bahan-bahan yang terdapat dalamnya dapat membantu melambatkan proses penuaan.

Apa produk anti penuaan paling sesuai??

Olay White Radiance Light Perfecting Essence + Olay Regenerist Whip

Ini amat sesuai untuk semua jenis kulit sebab ia dapat membantu mengurangkan garis halus di muka, bawah mata. Nak nampak kesan yang terbaik, kenalah pakai kedua-dua produk Olay White Radiance Light Perfecting Essence + Olay Regenerist Whip untuk kelihatan cerah berseri, lembut dan licin.

Olay White Radiance Light Perfecting Essence

olay white radiance essence

Olay White Radiance Light Perfecting Essence menggunakan skin brightening complex untuk mengatasi kemunculan hiperpigmentasi yang dapat menutupi kecerahan kulit, hingga dapat menghilangkan bintik-bintik pada bahagian kulit untuk menampakkan wajah lebih cerah dalam masa 4 minggu.

Produk ini dikembangkan dengan teknologi natural pearl dengan kandungan vitamin B3 yang dapat mencerahkan dan memutihkan kulit wajah dari masalah bintik-bintik, warna kulit tak sekata dan kulit kering.

Ini adalah elemen terpenting kerana kulit muka agak kusam sebab selalu pakai mekap, jadi memang anda perlu pakai essense dan juga pelembap muka.

olay white radiance essence

Untuk essence ini, biasanya dipakai selepas wajah sudah dicuci bersih dan digunakan sebelum disapukan krim pelembap. Yang bestnya essence ni mampu meningkatkan pembaharuan sel kulit kita dan juga kesan anti penuaan dua kali ganda daripada biasa. Kalau pakai dengan baik, kulit kita akan nampak 10 tahun lebih muda daripada umur.

3 sebab anda perlu menggunakan Olay White Radiance Light Perfecting Essence:

Meresap: Ia dapat meningkatkan keremajaan sel kulit hingga lapisan kulit paling luar dan memberikan kecerahan kulit dari dalam.

Memutih: Dengan menggunakan ini, ia dapat memutihkan kulit anda dari dalam hingga permukaan kulit dengan menghidari pembentukan melanin di permukaan kulit.

Menyegarkan: Produk ini dapat mengunci kelembapan kulit sehingga permukaan kulit lebih cerah dan lebih halus.

Olay Regenerist Whip

olay regenerist whip

Krim pelembap muka ini mempunyai tekstur yang nipis dan ringan serta penghidratan dalaman untuk memperbaharui lapisan permukaan kulit yang dapat mengurangkan kedutan serta garis halus terutamanya di bahagian mata dan bibir. Selain itu juga, kulit kita akan menjadi lebih licin, lembap dan membuatkan kulit lebih anjal dan sekata.

rangkaian produk olay

Sebelum memakai mekap, pakailah Olay Regenerist Whip kerana kegunaanya sama seperti primer yang tidak mengeluarkan minyak pada permukaan kulit. Ia juga dapat melindungi kulit anda daripada menyerap minyak sepanjang hari dan mengelakkan kulit dari sinaran matahari.

rangkaian produk kecantikan dari olay

Walaupun seharian sibuk, amalkan Olay White Radiance Light Perfecting Essence + Olay Regenerist Whips sebagai rutin penjagaan muka yang sangat mudah dan tak membebankan wanita yang terlalu sibuk di luar sana.

Jika anda amalkan dua produk ini, kulit muka anda akan sentiasa cantik dan nampak muda walaupun sudah berusia.

Guna 2 produk Olay ini je sudah cukup memadai untuk anda kekal cantik dan berseri-seri. Tak payah risau nak pakai produk apa lagi pada wajah anda.

sayangi diri sendiri

Jaga diri dengan baik adalah antara aspek penting dalam kehidupan yang sihat. Kalau kita tak jaga diri sendiri, siapa lagi? Orang yang patut kita sayang adalah diri sendiri, baru kita berupaya menyayangi orang lain.

Jika anda semua nak tahu lebih lanjut tentang produk Olay ini, layari LINK ini




sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments