Setiap orang pasti akan melalui detik hitam dalam hidup mereka, begitulah juga dengan pelakon Norman Hakim yang mengakui dia pernah melakukan percubaan untuk membunuh diri selepas bercerai dengan bekas isterinya, Abby Abadi lapan tahun lalu.
Menurut Norman, ketika itu dia hilang pertimbangan diri apabila rumah tangganya gagal diselamatkan dan terpisah dari anak-anak.
Saya pernah melalui fasa perceraian dan ketika itu saya tiba-tiba hilang keluarga dan anak-anak. Bila saya hilang keluarga , maknanya saya mati. Masa tu bila betul-betul keluarga hilang, rasa gelap dunia dan bernafas pun rasa tak guna.
Kemudian terus telefon mak dan ayah untuk minta maaf dari hujung rambut hingga hujung kaki atas salah silap saya selama ini. Tidak lama selepas itu saya terus terlelap tak sedar diri dan hanya sedar kembali pada jam 9 pagi kemudian terus berkata ‘eh aku hidup balik?’
Kemudian ia terus menjadi turning point dalam hidup saya kerana Allah telah bagi peluang untuk saya hidup dan bertaubat kepadanya.
Jadikan perkongsian Norman ini sebagai iktibar kepada masyarakat. Janganlah tersilap langkah walau macam mana perit pun dugaan yang harus dilalui.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments