Hanya sekadar ingin berkongsi berita gembira tentang kehamilannya di Instagram, isteri kepada Pencetus Ummah (PU) Abu Sufyan iaitu Hana Azraa dikecam teruk oleh netizen.
Tindakan Hana memuat naik rakaman video ultrasound mengundang rasa kurang senang netizen yang turut mempersoalkan status rumah tangga mereka. Sebelum ini, wanita itu pernah mengeluarkan kenyataan sudah tidak tinggal sebumbung dengan PU Abu dan dalam proses untuk becerai.
Ada juga yang mempertikaikan mengenai niatnya berkongsi rakaman tersebut di Instagram. Menuduh Hana seakan sengaja ingin menyakiti hati bekas isteri PU Abu.
“Bukan dah cerai ke?”
“Nanti dah sarat, Abu tinggalkan kau pula”
Tidak perlu menunjuk
Terdahulu PU Abu menceraikan isterinya yang sarat hamil anak pertama mereka kerana memilih untuk bernikah dengan Hana yang berstatus janda anak satu. Pasangan ini bernikah pada 8 Mei lalu di Malaysia dan bukannya di Thailand seperti yang didakwa.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments