#Hiburan: “Kalau Bagus Nak Cakap Apa Lagi? – Afdlin Shauki Bidas Dakwaan Anak Dapat Berlakon Sebab Pakai ‘Cable’

Pelakon dan juga pengarah, Datuk Afdlin Shauki menempelak dakwaan sesetengah pihak yang menyatakan anak perempuannya, Mia Sara memasuki industri hiburan tempatan menggunakan ‘laluan’ mudah.

Ujar Afdlin, Mia Sara tidak menumpang populariti dirinya yang sudah lama berkecimpung dalam dunia seni sebaliknya berdiri di atas bakat sendiri.

Advertisement

Jelasnya lagi, taraf dan kualiti Mia Sara di skrin televisyen boleh dinilai sama ada bagus atau tidak.

Kalau kau nak tengok orang tu bagus ke tak, tengoklah lakonan dia. Dia ni berlakon bagus ke tak? Kalau dia tak bagus bolehlah cakap pakai ‘cable’, kalau dia bagus kau nak cakap apa lagi?

Kata Afdlin, ramai juga yang ‘tidak suka’ akan kehadirannya di bidang seni, sama seperti apa yang dialami Mia Sara kini.

“Lagipun bapa dia pun bukan semua orang suka, ada yang suka ada yang tak suka” ujar Afdlin.

Sekadar info, Mia Sara Shauki, 22, pernah muncul dalam filem Buli pada tahun 2004 bersama bapanya dan antara drama-drama yang dibintanginya adalah seperti Histeria The Series, Kau vs Aku, AI.55YA dan banyak lagi.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Brosgang TV puteri balqis
1 jam lalu

“Kami Tidak Paksa Aqish!” - Bros Gang TV Nafi Eksploitasi Puteri Balqis Demi Dapatkan 'Views' Tinggi Di Youtube

The post “Kalau Bagus Nak Cakap Apa Lagi? – Afdlin Shauki Bidas Dakwaan Anak Dapat Berlakon Sebab Pakai ‘Cable’ first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments