Selebriti dan usahawan terkenal, Neelofa memaklumkan bahawa peminat akan dapat melihat wajah anak kesayangannya, Muhammad Bilal tidak lama sahaja lagi.
Kata Neelofa, dia dan suaminya Haris Ismail mahu membesarkan cahaya mata mereka itu tanpa mengawal dan membataskan tumbesarannya.
Ceritanya lagi, Bilal kini sudah mula merangkak dan membesar dengan baik.
Nak dia besar sama juga seperti kanak-kanak lain. Bila Bilal dah boleh jalan, sudah tentu kami akan bawa dia ke taman dan tak lama lagi akan bawa pergi bercuti.
Waktu itu, tak boleh dah nak sekat-sekat atau tutup muka dia. Anda semua dah boleh lihat.
Namun begitu, ujar Neelofa, dia akan cuba mengawal situasi dengan sebaiknya jika keadaan itu berlaku kelak.
Neelofa juga mengharapkan agar peminat di luar sana untuk menghormati privasi dia dan suami serta anak kesayangannya.
View this post on Instagram
“Apa yang saya harapkan ialah mereka pun boleh hormat privasi. Kalau ada yang nak tengok nanti, saya tunjuk saja wajah Bilal. Tidaklah saya nak tutup kalau orang ternampak.” jelas Neelofa.
Sekadar info, Neelofa dan Haris Ismail mendirikan rumah tangga pada 27 Mac 2021 dan hasil perkongsian hidup mereka dikurniakan seorang cahaya mata lelaki pada 29 Januari lalu.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.
The post “Takkan Saya Nak Tutup” – Neelofa Akan Dedah Wajah Bilal Pada Peminat Tak Lama Lagi first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments