#Hiburan: “Masa Tu Saya Tengah Geram…” – Nabila Perjelas Isu Rumah Tangga Bersama Engku Emran

Sebelum ini, kecoh tentang rumah tangga usahawan yang juga kakak kepada Neelofa, Noor Nabila Mohd Noor yang dikatakan berantakan selepas dia memadam gambarnya bersama suami di laman Instagram.

Susulan spekulasi berkenaan, Nabila tampil menjelaskan bahawa hubungan dia dan suami, Engku Emran Engku Zainal Abidin masih lagi kukuh dan harmoni.

Advertisement

Menerusi temu bual bersama GEMPAK, Nabila memberitahu gambar-gambarnya bersama suami tidak dipadam sebaliknya hanya diarkibkan kerana masalah kecil yang dialami.

Alhamdulillah, jodoh kami masih kuat. Kami masih bersama… Doakan kami..Biasalah dalam perkahwinan ini ada naik turunnya. Masa itu saya tengah geram jadi saya arkibkan saja gambar-gambar itu, tidak padam.”

Tambahnya lagi, dia tidak terkejut dengan khabar angin yang timbul kerana sudah lali dengan perkara tersebut.

Kita dah tahu implikasinya sebab Lofa dan keluarga selalu jadi perhatian. Terkena tempias-tempias Lofa itu sudah biasa. Tetapi saya perlu berhati-hati.”

Sekadar info, Noor Nabila pernah mendirikan rumah tangga bersama pelakon, Sharnaaz Ahmad pada 31 Mac 2017 dan berpisah pada 9 Julai 2020.

Engku Emran juga pernah berkahwin dengan selebriti terkenal Indonesia, Laudya Cynthia Bella, namun tidak dikurniakan sebarang cahaya mata ketika bersama.

Noor Nabila Engku Emran
1 bulan lalu

Noor Nabila Padam Habis Foto Suami, Tapi Instagram Engku Emran Lain Pula Yang Ditemui?

The post “Masa Tu Saya Tengah Geram…” – Nabila Perjelas Isu Rumah Tangga Bersama Engku Emran first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments