#Hiburan: “Janganla Kurang Ajar..” – Selamba Pegang Janggut UAI Sambil Rakam Video, Lelaki Dikecam Netizen

Viral di aplikasi TikTok baru-baru ini, mengenai sebuah hantaran video oleh seorang pengguna dikenali sebagai Fyfa Dhaus yang memaparkan penceramah bebas terkenal iaitu Ustaz Azhar Idrus atau lebih mesra dipanggil UAI.

Menerusi video tersebut, Ustaz Azhar Idrus dilihat sedang bersalaman dengan para jemaah yang hadir selepas sesi ceramah di sebuah majlis ilmu.

Advertisement

Namun, apa yang menjadi perhatian orang ramai adalah apabila salah seorang jemaah telah bertindak memegang janggut UAI sambil merakam video menggunakan telefon bimbitnya.

Selamba dia je pegang janggut UAI. Bodyguard belakang usya padat je.

Malah, tindakan lelaki itu turut disedari oleh pegawai pengiring UAI yang bertugas di majlis tersebut dan dilihat merenung tajam ke arah lelaki berkenaan sebagai tanda amaran.

Sehingga kini, perkongsian video itu telah meraih 1.5M tontonan, 79.3K tanda suka, dan 1.7K komen di aplikasi TikTok.

@fyfadhaus

Hahahahahah selamba dia je pegang janggut UAI? #UAI #taiping #fyp

? bunyi asal – FyfaDhaus – FyfaDhaus

Meninjau di ruangan komen, rata-rata orang ramai berseloroh mengenai ‘nasib’ lelaki berkenaan apabila pegawai pengiring itu langsung tidak melepaskan pandangannya dari lelaki terbabit.

Namun, ada juga segelintir netizen yang menegur tindakan lelaki itu kerana dianggap kurang ajar dan tidak beradab.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

2 jam lalu

"Mana Cik Man?" - Segmen Kerohanian PU Azman 'Bertukar Suara', Pendengar Suria FM Tertanya

The post “Janganla Kurang Ajar..” – Selamba Pegang Janggut UAI Sambil Rakam Video, Lelaki Dikecam Netizen first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments