Pelakon terkenal, Syafiq Kyle menafikan sekeras-kerasnya mengenai dakwaan yang mengatakan bahawa dia akan melangsungkan perkahwinan bersama pelakon Mimi Lana pada tahun hadapan.
Kata Syafiq, jawapannya bagi soalan bila dia dan Mimi akan bernikah telah diubah kerana tidak pernah pula dia menyatakan sebarang tarikh rasmi mengenai perkara itu.
Jelasnya, dia ada dihubungi media menerusi satu panggilan telefon bagi tujuan mempromosikan filem Siku 12. Pada akhir temubual, Syafiq diajukan soalan mengenai bilakah dia akan menamatkan zaman bujang.
Secara jujur dan menghormati penulis, saya beritahu mungkin bukan tahun ini dan tiada perancangan dilakukan selain jadual saya yang padat sehingga hujung tahun.
Sepanjang temu bual berlangsung, saya tidak pernah menyatakan sebarang tarikh atau melakukan sebarang pengumuman.
Dalam pada itu, Syafiq berkata dia pasti akan memaklumkan kepada media dan peminat di luar sana jika sudah ‘sampai seru’.
Syafiq juga berharap agar mereka di luar sana tidak membuat spekulasi kerana dia dan Mimi Lana mempunyai ahli keluarga yang perlu diambil berat dan dijaga hati.
Saya mempunyai keluarga yang perlu saya jaga hati mereka..begitu juga dengan Mimi Lana. Insya-Allah, saya akan beritahu bila semuanya sudah pasti, doakan yang baik-baik untuk kami.
Terdahulu, media tempatan memaklumkan bahawa Syafiq dan Mimi tidak akan mengikat tali pertunangan dan akan terus bernikah, dijangka pada tahun hadapan.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.
The post “Saya Tak Cakap Nak Kahwin Tahun Depan, Tolong Jaga Hati Keluarga Kami” – Syafiq Kyle first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments