Video dimuat naik oleh seorang wanita bersama suaminya ketika mereka berada di dalam kereta meraih perhatian netizen.
Bukan kerana ia kelakar atau sedih tetapi posting itu dipenuhi dengan komen netizen yang mempersoal wanita bernama Izza itu jika suaminya adalah lelaki tulen.
Pelik tapi itulah soalan yang banyak ditanya oleh warganet kepadanya kerana menurut mereka wajah suaminya itu seakan-akan seperti seorang perempuan.
Awak pasti ke dia seorang lelaki?”
@bebecat0 tak faham nape suami lagi comel dr aku
Menerusi posting yang lain, Izza ada memuat naik video memberi penjelasan bahawa suaminya memang seorang lelaki tulen.
Malah, dia sendiri tidak dapat menahan ketawa kerana berasa soalan itu lucu tetapi Izza tidak mengambil hati sebaliknya menjelaskan bahawa suaminya mempunyai wajah yang feminin.
Ye, suami saya seorang lelaki, nama dia Luqman. Dia dilahirkan dengan muka yang feminin.”
Menerusi ruangan komen, sesetengah netizen masih ragu-ragu dan tidak percaya dengan penjelasan Izza tentang suaminya itu.
Malah, ada yang meminta Izza membuat rakaman lain yang mendengarkan suara suaminya itu bagi memuaskan hati semua orang.
Namun, sesetengah netizen berpendapat Izza tidak perlu membuat penjelasan lanjut atau membuktikan apa-apa kepada netizen kerana ia adalah tentang kehidupan peribadinya.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.
The post “Pasti Ke Dia Tu Lelaki?” – Suami Berwajah Feminin, Netizen Minta Wanita Ini Bagi Bukti Suara first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments