#Hiburan: “Tidur 7 Jam, Solat..” – Ini Rupanya Rahsia Kecantikan Sarimah Ibrahim Diusia 40an

Sebelum ini, kemunculan istimewa penyanyi, Yang Mulia Che Puan Sarimah Binti Ibrahim semasa persembahan pembukaan program Gegar Vaganza Musim ke-9 2022 (GV9) telah mendapat perhatian orang ramai.

Menerusi potongan video di aplikasi TikTok, rata-rata penonton telah memuji kecantikan dimiliki Sarimah walaupun sudah mencecah usia 42 tahun.

Advertisement

Bukan itu sahaja, ada juga segelintir netizen yang berseloroh mengatakan Sarimah seperti Vampire kerana seakan tidak menua langsung dan kekal awet muda sehingga sekarang.

Sususlan itu, seorang pengguna Twitter telah meminta Sarimah untuk berkongsi tips dan bertanyakan tentang rutin penjagaan kulit muka.

Tampil berkongsi rahsia kekal awet muda, Sarimah mendedahkan salah satu rutin kecantikannya adalah meminum air kosong sebanyak dua litre setiap hari.

Satu gelas oat milk latte sebelum kardio, 40 min kardio kaw kaw, tidur 7 jam, solat.

Tambah pengacara The Sarimah Show itu lagi, dia turut mengamalkan pernafasan dalam sehingga ke dasar perut dan tidak memakai foundation untuk kebanyakkan hari.

Cuci muka sebelum tidur dan gunakan banyak sunscreen dengan SPF 50 plus.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

2 hari lalu

"Macam Tak Tua Langsung.." - Kekal Awet Muda Pada Usia 40an, Ramai Puji Kecantikan Sarimah Ibrahim

The post “Tidur 7 Jam, Solat..” – Ini Rupanya Rahsia Kecantikan Sarimah Ibrahim Diusia 40an first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments