Penyanyi, Hazama baru-baru ini memberitahu bahawa isterinya, Genervie Kam terpaksa menangguhkan hasrat rawatan kesuburan In Vitro Fertilization (IVF) kerana masing-masing sibuk dengan kerja.
Memetik laporan GEMPAK, Hazama menyatakan dia sedang sibuk dengan kerjaya seni manakala isterinya pula sibuk menguruskan perniagaan dan merancang untuk membuat rawatan berkenaan pada tahun hadapan.
Saya dengan kerjaya seni manakala isteri pula sibuk menguruskan perniagaan Asam Laksa. Rezeki lepas pandemik Alhamdulillah. Saya rancang tahun depan, tahun ini kita selesaikan mana-mana bahagian yang perlu terlebih dahulu.”
Dalam pada itu, Hazama tidak menafikan mempunyai rasa risau untuk menimang cahaya mata kerana usia isterinya yang melebihi umur 40 tahun.
Isteri saya okay, tahun depan umurnya 43 tahun. Saya risau juga sebab kita pun dengar orang kata bila usia sudah 40 lebih ini risikonya agak tinggi.”
Tambah pelantun lagu Relakan Jiwa itu, dia tidak terasa jika ditanya soal anak dan hanya berikhtiar serta berserah kepada Allah SWT.
Sekiranya dikurniakan rezeki maka adalah, jika tiada, tiadalah. Tetapi saya reda dengan semua ketentuan yang Tuhan telah tetapkan.”
Sekadar info, Hazama telah berkahwin dengan pemuzik Genervie Kam pada tahun 2017 dan meluahkan hasrat untuk mendapatkan anak dengan cara rawatan IVF.
The post “Usia Sudah Lebih 40 Risiko Agak Tinggi” – Sibuk Bekerja, Hazama Dan Isteri Tangguh Rawatan IVF first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments