Tidak mampu bertahan lama serta sering dikritik apabila membuat persembahan, penyanyi Ifa Raziah akhirnya tersingkir selepas empat minggu bertanding di atas pentas Terpaling Juara.
Mengakui kekalahan, Ifa beranggapan pada minggu tersebut bukanlah rezekinya dan kalah menang itu merupakan adat pertandingan yang tidak dapat dielak.
Malah, dalam perkongsiaan video di Instagram, penyanyi berkenaan sudah menjangkakan bahawa dia adalah peserta yang akan tersingkir pada minggu itu.
View this post on Instagram
Dalam pada itu, Ifa turut sempat berkata tidak kisah dikritik semasa berada dalam program terbabit dan merasakan kecaman yang diterima merupakan marketing untuk dirinya terus berbangkit dalam industri hiburan ini.
Aku semakin dikenali, diperkatakan dan dipertikaikan. Yang ketawakan aku pun, macam itu juga hidup kau. Aku ada produk sendiri dan kaya juga.
Apabila menjengah di ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa syukur kerana penyanyi tersebut telah tersingkir dan dalam pada masa yang sama, ada juga menyifatkan Ifa bersikap angkuh serta cakap besar walaupun sudah tersingkir.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending pada pautan di bawah.
The post “Aku Ada Produk & Kaya, Kau Ada Apa?” – Dah Jangka Tersingkir, Ifa Raziah Berterima Kasih ‘Haters’ Naikkan Nama first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments