#Hiburan: “Ada Masalah Keluarga, Canang Kepada Umum” – Buat Posting Berbaur Sindiran, Azhar Sulaiman Perli Siapa?

Pelakon Azhar Sulaiman membuat kemas kini di akaun Instagram miliknya yang berbaur sindiran dipercayai berkaitan dengan pelakon remaja perempuan yang terlibat dengan isu gangguan seksual baru-baru ini.

Dalam posting berkenaan, Azhar menyatakan bahawa mana-mana individu yang mempunyai masalah keluarga supaya mendedahkannya kepada umum kerana boleh memperolehi banyak kebaikan.

Advertisement

Ada masalah keluarga? Canang sahaja kepada umum. Banyak kebaikan bakal anda perolehi.”

Dalam pada itu, Azhar turut menulis ayat yang seakan-akan menyindir di ruangan caption entri laman sosial tersebut.

Sebab ini trend terbaru orang-orang Melayu suka. Jom sertai kempen ini.”

Sumber : xtra 

Sehubungan hantaran berikut, pelbagai reaksi yang diterima, di mana ada yang menyokong dan ada juga warganet yang tidak bersetuju dengan pandangan yang diberikan.

xtra

Walau bagaimanapun, Azhar telah memadam posting terbabit selepas beberapa jam dimuat naik.

Sekadar info, Azhar sebelum ini pernah memberi pandangan tentang isu gangguan seksual yang dialami oleh pelakon remaja perempuan itu dengan memberitahu supaya menjaga aib keluarga apabila bergelar seorang selebriti.

Namun, pelakon remaja itu menyelar pendapat yang diberikan kerana menganggap Azhar tidak memahami situasi yang dilalui.

Selain itu, kami kongsikan artikel berkaitan pada pautan di bawah:

2 hari lalu

Suruh Jaga Aib Keluarga, Puteri Balqis Selar Pendapat Azhar Sulaiman Isu Kes Gangguan Seksual

The post “Ada Masalah Keluarga, Canang Kepada Umum” – Buat Posting Berbaur Sindiran, Azhar Sulaiman Perli Siapa? first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments