Aktres Puteri Sarah Liyana mendedahkan bahawa bapa mentuanya, Datuk Yusof Haslam merupakan individu yang sentiasa memberi sokongan sepanjang dia bergelut dengan isu rumah tangga bersama suami, Syamsul Yusof.
Kara Sarah, bapa mentuanya itu tidak pernah ketinggalan menghantar ayat dan kata positif di mesej sekaligus membuatkan dia bersemangat untuk berdepan hari-hari yang mendatang.
Setiap minggu dapat mesej semangat daripada bapa mentua. Ini adalah salah satu perkara yang juga membakar semangat saya untuk tidak berputus asa dalam hidup.
Perkara tersebut dikongsikan Puteri Sarah menerus satu hantaran di Instagram Story miliknya baru-baru ini.
Dalam tangkap layar mesej antara dia dan Yusof Haslam itu, pengarah tersohor itu dilihat memberi semangat dan akan terus menyokong Sarah dalam apa jua keadaan.
Ceriakan hidup you dengan anak-anak dan orang tuamu dan kami yang berdiri di belakang Sarah waima apa situasi pun.
Terdahulu, kisah pergolakan rumah tangga Puteri Sarah dan Syamsul Yusof menjadi perbualan hangat netizen di mana pengarah filem Mat Kilau itu dikatakan mempunyai hubungan dengan wanita lain yang dikenali sebagai Ira Kazar.
View this post on Instagram
Puteri Sarah kemudiannya mengambil tindakan dengan membuat aduan di Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS)dan juga Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur atas dakwaan melakukan gangguan.
Pasangan itu mendirikan rumah tangga pada Mac 2014 dan hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Syaikhul Islam,5, dan Sumayyah yang kini berusia 2 tahun.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.
The post “Sentiasa Berdiri Teguh Di Sisi..” – Yusof Haslam Tak Putus Beri Kata Semangat, Netizen Anggap Puteri Sarah Beruntung first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments