Baru-baru ini, tular di media sosial TikTok dan Facebook mengenai insiden penghantar makanan ‘rider’ yang dimaki hamun gara-gara makanan yang dihantarnya lambat sampai kepada penerima.
Namun, rider tersebut menjelaskan bahawa dia dimarahi kerana tidak dapat mencari lokasi yang diberikan oleh pelanggan kerana tersilap ‘pin’ lokasi.
Malah, rider itu turut diugut untuk dibuang kerja kerana pelanggan itu mendakwa dia merupakan ‘partner’ dengan syarikat penghantaran makanan itu.
Rider itu yang ditemui mStar online berkata dia bertindak untuk merakam situasi itu dan menularkan ia di media sosial kerana enggan rakan-rakan seperjuangan yang lain mengalami perkara yang sama sepertinya.
Difahamkan, rider itu juga telah membuat laporan polis kerana diugut oleh pelanggan tersebut.
Menjengah ke ruangan komen video tersebut, rata-rata netizen tampil mengecam tindakan pelanggan itu yang dianggap seperti tiada adab dan sombong.
Amalkan selalu perangai macam ni. Untung-untung nanti order minum kat restoran dapat ludah dalam air.
Netizen juga merasakan sikap pelanggan itu sebagai keterlaluan dan melampaui batas.
Dah salah sendiri tah apa-apa nak salahkan rider. Baru keluar duit delivery RM5 dah rasa diri macam raja.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.
The post “Dah Kebulur Sangat Ke?” – Lelaki Ugut Rider Sebab Hantar Makanan Lambat, Tapi Kena Kecam Balik Dengan Netizen first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments