Sebelum ini, pelakon Azhar Sulaiman telah memuat naik pendapat peribadinya tentang isu Puteri Balqis yang mendakwa bahawa menjadi mangsa kepada gangguan seksual bapa kandungnya.
Menerusi entri yang dibuat oleh Azhar, dia seakan-akan tidak bersetuju dengan tindakan Balqis dengan menyatakan sesetengah rahsia perlu disimpan buat selama-lamanya dan tidak sepatutnya membuka aib keluarga apabila bergelar sebagai seorang selebriti.
Susulan perkara tersebut, Puteri Balqis tampil menyelar komen Azhar Sulaiman dan berpendapat pandangan yang diberikan seolah-olah ingin melepaskan rasa marah.
Uncle tahu betapa susahnya perkara ni? Saya tak nampak apa yang Uncle tulis ni sebagai peraturan. Saya lebih nampak ini emosi marah, geram, bengang.”
Dalam hantaran Instagram Story yang sama, Balqis turut mengucapkan terima kasih atas nasihat yang diberikan oleh Azhar walaupun tidak bersetuju dengan pendapat yang diajukan.
Kadang kala ada rahsia yang kita simpan sampai mati sebab kerja sebagai selebriti, terima kasih atas nasihat Uncle. Tapi, saya tak akan pernah mengatakan perkara tersebut kepada adik-adik saya dan abang-abang saya di luar sana yang masih bergelut. Uncle dah menulis nota bunuh diri untuk kami.”
Pelakon remaja itu juga memuat naik kata-kata ‘kiasan’ di mana dia menerangkan dirinya lebih rela hidup dalam keadaan susah tetapi berilmu berbanding menjadi orang kaya yang dungu.
Aku lebih rela menjadi anak pengutip sampah yang berilmu, dari menjadi orang kekaya yang dungu.”
The post Suruh Jaga Aib Keluarga, Puteri Balqis Selar Pendapat Azhar Sulaiman Isu Kes Gangguan Seksual first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments