#Hiburan: “Memang Tragis..” – Dalam Tempoh 10 Jam, 2 Wanita Meninggal Dunia Di Dalam Pesawat Yang Sama

Baru-baru ini, tular satu cerita tragis yang dialami oleh pemandu pelancong apabila dia terpaksa menyaksi dua orang wanita yang menaiki pesawat sama meninggal dunia ketika dalam perjalanan pulang ke Malaysia dari Istanbul, Turkiye.

Kejadiaan berlaku pada tanggal 11 September lalu dan pihak Harian Metro telah menemubual pemandu pelancong terbabit bagi mendapatkan penjelasan lanjut mengenai perkara tragis yang berlaku ini.

Advertisement

Menurutnya, seorang penumpang daripada kumpulan rombongan bernama Dr Siti Hajar Yahya mengalami kesukaran untuk bernafas dan menyebabkan penerbangan mendarat di Karachi, Pakistan. Lalu, disahkan oleh pihak hospital Karachi bahawa mereka tidak dapat menyelamatkan wanita berkenaan.

Selepas beberapa jam menunggu dalam pesawat di Karachi, mereka teruskan perjalanan pulang ke Kuala Lumpur, namun ketika dalam perjalanan, dia dimaklumkan ada seorang ahli rombongan lain bernama Rosminah Azman pula rebah ketika menunggu giliran untuk ke tandas dalam pesawat.

Sebaik mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Sepang, Rosminah dikejarkan ke Hospital Serdang, namun kami dimaklumkan dia sudah meninggal dunia oleh pasukan perubatan.

Susulan itu, anak arwah tampil memberitahu ibunya tidak mempunyai sebarang penyakit, cuma mengadu kepenatan kerana berjalan dan doktor juga sahkan ibunya negatif COVID-19.

status facebook

status facebook

Tambahan pemandu pelacong terbabit, kejadian yang berlaku ini disifatkan sebagai satu pengalaman yang tragis kerana berhadapan dengan dua individu wanita yang meninggal dunia dalam tempoh 10 jam di dalam pesawat yang sama.

Bagaimanapun, dia juga menjadikan ia sebagai iktibar serta pengajaran untuk mengambil langkah awal seandainya berlaku sebarang kecemasan di kemudian hari.

Bilal neelofa
2 hari lalu

“Ain Dia Takut, Pedo Tak Takut” - Muat Naik Foto Bilal Berbaring, Neelofa Dikritik Netizen Prihatin

The post “Memang Tragis..” – Dalam Tempoh 10 Jam, 2 Wanita Meninggal Dunia Di Dalam Pesawat Yang Sama first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments