Boleh dikatakan masih ramai lagi di kalangan masyarakat mempunyai sifat pentingkan diri serta ‘asal boleh’ hingga ada yang menyusahkan kerja orang lain.
Sifat seperti itu akan lebih menyusahkan pihak lain apabila individu berkenaan bersifat sedemikian di tempat awam.
Seperti video baru-baru ini yang tular di platform Twitter, ia memaparkan detik petugas hospital terpaksa berjalan jauh sambil mengusung pesakit dari ambulans ke wad kecemasan.
?Hospital Selayang.
Kejadian hari ini, 28hb September 2022.Kenderaan menghalang laluan ambulans. pic.twitter.com/5L3QuNhzHW
— Jabatan Netizen Malaysia (@jnmalaysia) September 28, 2022
Hal ini terjadi kerana terdapat sebuah kereta Viva milik pelawat hospital berkenaan menghalang laluan masuk bagi ambulans.
Biarpun ada yang berpendapat barangkali pemilik kereta itu juga mempunyai hal kecemasan, tetapi seelok-eloknya dia meletak nombor telefon di kereta atau meninggalkan pesanan kepada pengawal di hospital itu.
Difahamkan, kejadian tersebut berlaku di Hospital Selayang dan sehingga kini masih belum ada maklumat lanjut berkaitan hal terbabit.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending pada pautan di bawah.
The post Kereta Pelawat ‘Selamba’ Halang Laluan Ambulans, Jururawat Terpaksa Jalan Jauh Usung Pesakit first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments