Setelah sekian lama hidup tiada pasangan, Fatin Afeefa menasihati golongan wanita yang khususnya bergelar ibu tunggal untuk tidak hiraukan segala cacian yang dilemparkan oleh orang luar.
Melalui live TikTok yang dibuat oleh pelakon tersebut semalam, dia mengakui telah menerima pelbagai kecaman serta gelaran yang tidak enak didengari sejak bercerai.
Sejak bergelar ibu tunggal lima tahun yang lalu, macam-macam gelaran orang beri pada saya. Secondhand lah, kereta terpakai pun ada.
View this post on Instagram
Dalam pada masa yang sama, ibu kepada dua orang cahaya mata itu memberitahu selalunya tohmahan yang dilemparkan dibuat oleh kaum lelaki yang tidak dapat mengawal perempuan dan oleh sebab itu, mereka merendah-rendahkan kaum janda.
Tambahannya lagi, memiliki status janda itu bukanlah satu perkara yang hina dan tidak perlu golongan wanita diluar sana yang lalui perkara sama berasa sedih apabila mempunyai status terbabit.
Pelakon yang dulu pernah popular dengan filem Tentang Bulan itu turut mengakui tidak mudah untuk menutup mulut orang dari menghina, jadi lalui hidup dengan bahagia tanpa menghiraukan mereka.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending pada pautan di bawah.
The post “Tak Hina Pun Status Janda” – Fatin Afeefa Sedih Dihina ‘Seconhand’ Dan ‘Kereta’ Terpakai first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments