Baru-baru ini, isteri kepada Shuk Sahar, Rossa Sera ada memuat naik momen-momen ketika dia bersama anak-anak menghantar pelawak itu mengerjakan ibadah umrah.
Dalam hantaran yang dimuat naik dalam Instagram Story itu, Sera turut memberi pesanan agar Shuk memohon doa yang baik-baik dan boleh menjadi bapa yang terbaik buat anak-anak mereka.
“Jaga diri, doa banyak-banyak di sana , jadi ayah yang baik” tulis Sera dalam IG Story itu.
Selain itu, ibu kepada dua anak itu juga memuat naik video menunjukkan Shuk sedang berbual dengan anak-anaknya menerusi panggilan video.
Terdahulu, Sera memaklumkan bahawa dia sudah memfailkan tuntutan cerai kepada Shuk Sahar pada November tahun lalu namun status sebenar mengenai rumah tangga mereka masih lagi menjadi tanda tanya.
Namun, muncul desas-desus yang mengatakan kedua-duanya sudah bercerai.
Kedua-duanya mendirikan rumah tangga pada tahun 2015 dan hasil perkongsian hidup mereka dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Nur Qurratu Ain,5, dan Nur Assyifatu Aimi yang kini berusia 2 tahun.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.
The post “Take Care, Doa Banyak-Banyak” – Rossa Kongsi Video Mesra Shuk Bersama Anak-Anak Ketika Hantar Pergi Umrah first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments