#Hiburan: “Saya Terpaksa Pakai Baju Melayu” – Tular Video MV Lama, Sajat Kata Terpaksa Ganti ‘Dancer’ Tak Hadir

Sebelum ini, viral di aplikasi TikTok mengenai sebuah klip video lagu karaoke bertajuk Keksaih Pujaan dari penyanyi Datuk Sharifah Aini yang memaparkan usahawan sensasi, Nur Sajat pada suatu ketika dahulu.

Menerusi video tersebut, Sajat atau nama sebenarnya Muhammad Sajjad Kamaruzzaman dilihat mengenakan persalinan baju Melayu dan lengkap bersongkok sambil menari zapin bersama seorang penari wanita.

Advertisement

Susulan itu, setiap kali usahawan itu membuat ‘live‘ di aplikasi TikTok, dia sering diasak berkali-kali dengan pertanyaan jika jejaka di dalam klip video itu sememangnya dirinya.

Tampil menjawab persoalan ramai, Sajat akhirnya mengaku bahawa jejaka di dalam klip video itu sememangnya dirinya dan meluahkan rasa bangga apabila wajahnya kekal segak dari dulu.

Ye! memang I pun, kenapa? cantik sangat I? baru korang tahu betapa cantiknya Sajat dari dulu. Sikit habuk pun tak ada buat muka, muka dari dulu sampai sekarang sama je!

@brooonoook

Ye memang aku kenapa??? #sajat #tiktok #tiktokmalaysia #fyp #fyp?

? original sound – brooonoook – brooonoook

Malah, Sajat turut menjelaskan bahawa dia hanya menggantikan penari lelaki yang tidak hadir ketika pengambaran klip video berkenaan dan mendakwa terpaksa memakai baju Melayu dan bersongkok.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen turut terhibur melihat respon dan ‘alasan’ yang diberi oleh usahawan itu yang bersikap terbuka walaupun sudah ‘kantoi’.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

1 hari lalu

"Dia Dulu Budak Swatari.." - Tular Video Nur Sajat Berbaju Melayu Dalam 'MV', Netizen Puji 'Handsome'

The post “Saya Terpaksa Pakai Baju Melayu” – Tular Video MV Lama, Sajat Kata Terpaksa Ganti ‘Dancer’ Tak Hadir first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments