#Hiburan: Menang Anugerah ‘Best Couple’, Penyanyi Dangdut Indonesia Dedah Suami Rupanya Kaki Pukul?

Pasangan selebriti terkenal dari Indonesia, Lesti Kejora dan Rizky Billar sering mendapat perhatian orang ramai kerana selalu berkongsi kemesraan dan kebahagiaan rumah tangga mereka di media sosial.

Namun, baru-baru ini kecoh di media sosial apabila secara tiba-tiba tular berita mengenai rumah tangga pasangan viral ini mengalami masalah dan menjadi bualan hangat rakyat Indonesia.

Advertisement

Menurut laporan News Detik, konflik rumah tangga mereka terbongkar selepas Lesti tampil membuat laporan polis dan mendakwa dirinya menjadi mangsa keganasan rumah tangga.

Malah, penyanyi dangdut itu turut mendakwa suaminya berlaku curang dan bertindak agresif dengan memukul dirinya selepas meminta untuk dihantar pulang ke rumah orang tuanya.

Bukan itu sahaja, Rizky dipercayai telah menolak Lesti di atas katil sebelum mencekiknya sehingga wanita itu terjatuh di lantai selain bertindak menarik tangannya dan menghempaskannya ke lantai tandas.

Susulan itu, Lesti mengalami kecederaan di bahagian tangan dan leher kiri selain tular di media sosial gambar yang memaparkan matanya lebam.

Terdahulu, pasangan ini telah tular di Indonesia selepas majlis pertunangan gah mereka disiarkan selama enam jam di kaca televisyen.

Malah, pasangan ini juga tersenarai di antara selebriti yang menerima mas kahwin paling mahal iaitu USD72,000 (RM300,000).

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

3 jam lalu

"Ingatkan Bibik Dia.." - Kongsi Gambar Bersama Ibu, Anna Jobling Kecewa Netizen Komen 'Buruk'

The post Menang Anugerah ‘Best Couple’, Penyanyi Dangdut Indonesia Dedah Suami Rupanya Kaki Pukul? first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments