#Hiburan: “Mazhab Amerika Ke” – Gaya Hijab Didakwa Seperti Sudah ‘Free Hair’, Fesyen Yuna Di NYFW Dipertikai

Baru-baru ini, kecoh di platform media sosial apabila penyanyi antarabangsa berasal daripada Malaysia iaitu Yuna memeluk penyanyi lelaki Indonesia popular iaitu Afgan semasa hadir ke New York Fashion Week (NYFW).

Bagaimanapun, bukan saja batas pergaulan yang dipersoalkan oleh warganet, malah cara fesyen hijabnya ketika itu juga dipertikaikan netizen.

Advertisement

Semasa NYFW berlangsung, Yuna atau nama sebenarnya, Yunalis Zarai mengenakan persalinan jenama mewah iaitu Coach dengan memakai hijab separuh bersama aksesori kilauan berlian di atas hijab.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Y U N A (@yuna)

Gaya pemakaian tudung seperti itu membuatkan orang ramai berasa kurang senang melihatnya dan meminta agar penyanyi terbabit mengenakan hijab dengan sempurna sebagai seorang Muslim.

Dalam pada itu, ramai juga yang menyedari cara pemakaian tudung Yuna juga berubah secara mendadak, dimana mereka mendakwa semakin hari semakin tidak ditutup dengan sempurna.

komen netizen

komen netizen

Ada juga yang merasakan perubahan gaya Yuna berfesyen berubah sejak dirinya berhijrah ke Amerika Syarikat dan terikut dengan budaya di sana.

Sekadar info, Yuna memulakan kerjayanya di Amerika Syarikat sejak tahun 2011 dan mengikat kontrak dengan syarikat rakaman yang terletak di New York, Fader Laber.

4 hari lalu

"Habislah Kena Kecam" - Netizen Terkejut Tengok Yuna Berpelukan Mesra Dengan Afgan Di New York

The post “Mazhab Amerika Ke” – Gaya Hijab Didakwa Seperti Sudah ‘Free Hair’, Fesyen Yuna Di NYFW Dipertikai first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments