#Hiburan: “Carilah Yang Pakai Sopan Sikit” – Netizen Tak Setuju Shuib Dan Watie Ada Hubungan

Sebelum ini, ramai yang menyebarkan khabar angin bahawa Shuib Sepahtu sedang menjalinkan hubungan istimewa bersama wanita yang dikenali sebagai Watie kerana pakaian sedondon yang dipakai ketika menghadiri konsert.

Shuib juga dikatakan kerap meninggalkan tanda suka (like) terhadap gambar yang dimuat naik oleh Watie di laman Instagram miliknya.

Advertisement

Walau bagaimanapun, segelintir warganet tidak bersetuju jika pelawak itu mempunyai hubungan dengan wanita berkenaan kerana dianggap terlalu ‘menonjol’.

 

 

Menerusi ruangan komen di Facebook Beautifulnara, netizen berharap agar Shuib mencari perempuan yang berpakaian lebih sopan berbanding Watie.

Dalam pada itu, ada juga yang membandingkan penampilan Watie dengan arwah Siti Sarah.

Alahai..menonjol sangat….Bukan masuk campur..Tapi jauh sangat kriterianya dengan arwah…” – Netizen

Namun begitu, ada juga yang berharap agar warganet berhenti menilai Watie berdasarkan kisah silamnya dan bersetuju jika Shuib mempunyai jodoh dengan wanita itu.

Selain itu, kami kongsikan artikel berkaitan pada pautan di bawah:

shuib dan watie
1 hari lalu

"Dah Perasan Lama Sebenarnya" - Netizen Dakwa Warna Baju Sedondon Shuib & 'Watie' Ada Makna?

The post “Carilah Yang Pakai Sopan Sikit” – Netizen Tak Setuju Shuib Dan Watie Ada Hubungan first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments