#Hiburan: “Memang Hobi Menyondol Eh?” – Difitnah Mesra Bergambar Dengan Mat Sabu, Isteri DDNK Buat Laporan Polis

Sejak berita tentang perkahwinan mereka diterbitkan oleh media, nama Datuk Dr Mohd Nazri Khan (DDNK) dan isteri Datin Tuan Nor Ernie Rossmeris sering menjadi bualan di media sosial.

Sebelum ini, ada yang mendakwa Ernie berkahwin dengan DDNK kerana wang semata-mata tetapi tuan empunya badan sudah pun menafikan hal tersebut.

Advertisement

2 minggu lalu

"Saya Suka Sebab Dia Kelakar" - Jarak Usia 22 Tahun, Isteri Nafi Berkahwin Dengan DDNK Sebab Duit

Terbaru, Ernie sekali lagi menjadi buah mulut warganet di media sosial selepas ada individu memuat naik foto menunjukan gambar ahli politik, YB Haji Mohamad Sabu bersama seorang wanita.

Menerusi hantaran tersebut, individu terbabit bertanya jika wanita bersama Mat Sabu itu adalah Ernie malah turut memerlinya sebagai ‘penyondol’.

Pompuan yang sama ke? Sampai sekarang saya cuba nak bezakan, macam sama je. Kalau betuk, memang hobi menyondol eh?”

Susulan itu, Ernie yang kecewa dengan individu terbabit kerana menyebarkan fitnah sehingga memalukan dia dan suami, telah tampil membuat laporan polis.

Menerusi keterangan Ernie pada laporan yang dibuat, dia dan suami dipercayai akan merujuk kepada pihak undang-undang untuk menyaman individu berkenaan.

Dua individu yang dikatakan telah menyebarkan fitnah dan foto-foto tersebut bagaimanapun dilaporkan telah memuat naik hantaran permohonan maaf mereka atas keterlanjuran masing-masing.

Kedua-duanya akui ia adalah kesilapan daripada pihak mereka dan apa yang dikongsi sebelum ini adalah tidak sahih selain berharap kejadian itu menjadi pengajaran kepada pihak lain.

The post “Memang Hobi Menyondol Eh?” – Difitnah Mesra Bergambar Dengan Mat Sabu, Isteri DDNK Buat Laporan Polis first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments