#Hiburan: Masak Ayam Dengan Ubat Batuk, ‘Sleepy Chicken’ Jadi Trend Baru Di TikTok?

Bukan saja hilang selera, malah bila dengar ada masakan yang dimasak dengan ubat batuk pasti ramai yang sedar tentang bahayanya perkara yang dilakukan itu.

Susulan cabaran dinamakan sebagai sleepy chicken’ yang kini sedang menjadi trend di platform TikTok itu, pihak Pentadbiran Makanan dan Ubat Amerika Syarikat (FDA) telah mengesahkan ia sememangnya sangat berbahaya.

Advertisement

Trend tersebut difahamkan cabaran buat warganet untuk memasak ayam dalam ubat batuk NyQuil, dimana ianya mengandungi acetaminophen, dextromethorphan dan doxylamine, serta beberapa jenis ubat batuk lain.

Ubat yang didihkan sekali bersama dengan ayam itu akan berubah menjadi pekat dan sifatnya akan berubah.

Tambahan pihak FDA lagi, biarpun tidak memakan masakan tersebut, dengan hanya menyedut wap masakan itu boleh menyebabkan tahap ubat yang tinggi memasuki badan dan membahayakan paru-paru.

Difahamkan ini bukan kali pertama FDA memberi amaran tentang menggunakan ubat dalam masakan, bahkan pada 20 September 2020, ada cabaran dinamakan sebagai Cabaran Benadryl telah membuat beberapa remaja memasuki hospital dan ada yang meninggal dunia.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending pada pautan di bawah.

21 jam lalu

Sudah ‘Dihamili’ 16 Kali, Netizen 'Pening' Dengar Kisah Sebenar Di Sebalik Lagu 'Begitu Sulit Lupakan Rehan'

The post Masak Ayam Dengan Ubat Batuk, ‘Sleepy Chicken’ Jadi Trend Baru Di TikTok? first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments