#Hiburan: (VIDEO) “Jackpot! Jackpot!” – Wanita Minta Sedekah Kantoi Berjudi, Sorok ‘Phone’ Belakang Tabung Derma

Tular di aplikasi TikTok baru-baru ini, mengenai sebuah hantaran video oleh seorang pengguna yang memaparkan tindakan seorang wanita sedang meminta sedekah di kaki lima sebuah pasar malam.

Menerusi video tersebut, seorang wanita yang bertudung itu dilihat sedang memegang tabung derma sambil leka bermain telefon bimbitnya disebalik tabung tersebut.

Advertisement

Namun, apa yang menjadi perhatian orang ramai adalah tindakan wanita itu yang kantoi bermain judi menerusi sebuah aplikasi di dalam telefon bimbit.

Jackpot.. Jackpot..

@ceocendoltapai

Jackport..Jackport?#fyp? #fyppppppppppppppppppppppp

? original sound – @ks.ravivarman – @ks.ravivarman

Sehingga kini, perkongsian video tersebut telah meraih 528.4K tontonan, 27.8K tanda suka, dan 669 komen di aplikasi TikTok.

Difahamkan, wanita itu cuba menyembunyikan perbuatannya itu disebalik tabung derma namun gagal selepas pemilik video sempat merakam perbuatannya dari belakang.

Meninjau di ruangan komen, tindakan wanita itu telah mendapat pelbagai reaksi daripada orang ramai yang rata-ratanya berseloroh mengatakan dia pandai mencari duit.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

wanita baling botol pada rider
5 jam lalu

(VIDEO) “Nak Niaga Ke Nak Gaduh” - Wanita Baling Botol Kaca Dekat Rider, Tak Tahan Didesak Order Lambat Siap

The post (VIDEO) “Jackpot! Jackpot!” – Wanita Minta Sedekah Kantoi Berjudi, Sorok ‘Phone’ Belakang Tabung Derma first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments