#Hiburan: “Mana Boleh Yang..” – Panggil Anna Jobling ‘Sayang’, Netizen Meluat Dengan Meerqeen

Baru-baru ini, viral di aplikasi TikTok mengenai sebuah hantaran video oleh seorang pengguna memaparkan pelakon serasi terkenal, Meerqeen dan Anna Jobling.

Menerusi video tersebut, Meerqeen atau nama sebenarnya Muhammad Shameer Shauqeen Saiful Izam dilihat sedang mesra berbual bersama Anna di dalam Instagram live.

Advertisement

Malah, pelakon Melur Untuk Firdaus itu turut sempat memanggil Anna dengan panggilan ‘Yang’ iaitu kata singkatan kepada perkataan ‘Sayang’.

Difahamkan, Anna atau nama sebenarnya Anna Ellisa Gustin Jobling Abdul Rahman cuba untuk meminta Meerqeen untuk membuat betuk ‘love’ dengan tangan namun ditolak.

Mana boleh Yang, tak boleh. Kita kena ada identiti sendiri.

@meerna_only

#annajobling #meerqeen #meerna #fyp

? original sound – meerna_only – meerna_only

Meninjau di ruangan komen, perkongsian video itu telah menimbulkan tanda tanya buat para netizen mengenai status mereka berdua sama ada sudah menjadi satu pasangan secara rasmi.

Namun, ada juga netizen yang memaklumkan mereka bukanlah pasangan dan meluahkan rasa meluat melihat Meerqeen yang sengaja menunjuk momen manis bersama Anna.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

20 jam lalu

"Terdesak Sangat Ke Nak Famous?" - Wanita Mengaku 'Ex' Ryan Bakery, Siap Simpan Gambar Lama

The post “Mana Boleh Yang..” – Panggil Anna Jobling ‘Sayang’, Netizen Meluat Dengan Meerqeen first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments