Baru-baru ini, pertemuan penyanyi rap, Caprice dengan pasangan pengantin baru iaitu usahawan, Datuk Dr Mohd Nazri Khan dan isteri, Datin Tuan Nor Ernie Rossmeris telah mencuri perhatian warganet.
Caprice ada berkongsikan video pertemuannya itu di Instagram dan dia mengakui berasa buntu bagaimana untuk menasihati pasangan terbabit susulan kontroversi yang sedang dilalui oleh mereka ketika ini.
View this post on Instagram
Melalui video yang dikongsikan itu, Ernie jelas terlihat kecewa dengan tohmahan yang diterima daripada warganet kerana didakwa menjadi perampas selepas berkahwin dengan Nazri atau lebih dikenali sebagai DDNK, Jumaat lalu.
Dorang cakap I perampas, I tak boleh terima itu semua. Kenapa nak persoalkan tentang jodoh.
Meninjau di ruangan komen, pelbagi komen yang telah ditinggalkan oleh para netizen, namun kebanyakkan merasakan apa yang dipaparkan dalam video itu hanyalah ‘drama’ semata-mata dan ‘marketing’ untuk menaikkan nama mereka.
Barangkali sedar pasangan itu dikecam teruk, video yang dimuatnaik oleh Caprice itu dipadam di laman Instagramnya.
The post “I Dipanggil Perampas!” – Isteri DDNK Siap Baling Bantal Jumpa Caprice Luah Rasa Kecewa Dikecam first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments