#Hiburan: Trend Pelik Tapi Untung Tinggi, Wanita Dapat Banyak Air Mani & Abu Mayat Untuk Diproses Jadi Aksesori

Bukan hanya teknologi je tapi zaman serba moden ni pelbagai trend berubah-ubah mengikut peredaran masa terutamanya fesyen.

Ada sahaja revolusi rekaan serta fesyen baru sehinggakan kadang kala kita sendiri tidak terfikir ia akan sampai ke tahap sebegitu.

Advertisement

Terbaru, perkongsian seorang pereka aksesori hiasan dan barang kemas yang mendedahkan tentang trend rekaan pelik atau permintaan pelanggannya.

Menurut Amanda Booth, dia sering mendapat sampel air mani daripada pelanggannya yang meminta ia dijadikan aksesori.

Kata Amanda yang juga seorang pengukir itu, air mani yang diberikan oleh pelanggannya akan diproses dan dibentuk menjadi aksesori hiasan seperti loket dan sebagainya.

Jelasnya dengan lebih lanjut, sampel air mani tersebut akan dicampurkan dengan tanah liat sebelum ia terhasil menjadi barang perhiasan seperti yang diminta oleh pelanggan.

Sampel tersebut akan di nyahhidrat dan diubah menjadi serbuk sebelum dimasukkan ke dalam barang kemas dalam bentuk manik tanah liat.

Bukan itu sahaja, Amanda juga akui pernah menerima sampel susu ibu dan abu mayat untuk dijadikan barangan perhiasan sebagai tanda ingatan.

Amanda sering berkongsi video di  TikTok dan sejak memulakan perniagaan membuat aksesori hiasan itu tahun lepas, dia kini mempunyai lebih 191,000 pengikut di aplikasi tersebut.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

4 minggu lalu

"Trend Sampah!" - Tular Trend Terkini Di TikTok, Takutkan Budak Kecil Dengan Audio Pontianak Mengilai

The post Trend Pelik Tapi Untung Tinggi, Wanita Dapat Banyak Air Mani & Abu Mayat Untuk Diproses Jadi Aksesori first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments