#Hiburan: “Baik Ko Masukkan Ernie Zakri Sekali” – Baru Menang AJL, Netizen ‘Condemn’ Astro Pilih Shila Amzah Jadi Peserta GV9

Baru semalam, Astro mengumumkan nama artis yang akan berentap merebut gelaran juara dalam program realiti Gegar Vaganza musim kesembilan (GV9).

Berikut adalah nama yang diumumkan pada sidang media yang diadakan di Menara Kuala Lumpur.

Advertisement
  • Roy Kapilla
  • Toy MYstar
  • Aida Hassan
  • Jaclyn Victor
  • Dina Nazir
  • Bob Yusof
  • Pat Candy
  • Hasrul Nizam
  • Shila Amzah
  • Asheed (Def Gab C)
  • VE
  • Fuad Rahman
  • Tomok

 

Seperti yang semua ketahui, Gegar Vaganza menampilkan artis-artis yang sudah lama menyepi daripada dunia hiburan tanah air.

Namun, pengumuman peserta bagi musim kesembilan kali ini menimbulkan rasa tidak puas hati daripada netizen yang mengkritik Astro dengan pemilihan artis.

Kata mereka, beberapa artis yang terlibat kali ini masih aktif dalam dunia seni bermaksud Gegar Vaganza 2022 seolah-olah sudah lari daripada matlamat asal.

Ramai yang menyuarakan pendapat mereka selepas melihat nama Shila Amzah berada di dalam senarai tersebut.

Menurut mereka, penyanyi itu tidak sesuai berada di dalam program realiti Astro berkenaan memandangkan dia masih terkenal malah baru memenangi Anugerah Juara Lagu pada tahun ini menerusi lagu Pelukan Angkasa.

Sesetengah dilihat mengkritik pemilihan artis kerana seperti tidak memberikan persaingan yang betul-betul adil memandangkan beberapa penyanyi yang terpilih dikenali dengan kehebatan vokal mereka.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

6 hari lalu

(VIDEO) Netizen Geram Shila Amzah Buat 'Perangai' Lagi, Buang Gula-Gula Atas Pentas

The post “Baik Ko Masukkan Ernie Zakri Sekali” – Baru Menang AJL, Netizen ‘Condemn’ Astro Pilih Shila Amzah Jadi Peserta GV9 first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments