#Hiburan: “Saya Tahu Bagaimana Dia..” – Kes Video KPWKM, Nourul Depp Dedah Sikap Sebenar Rosyam Nor?

Minggu lalu, video promosi kempen kerajaan yang dianjurkan oleh Menteri Pembangunan, Wanita, Keluarga dan Masyarakat menerusi menterinya Datuk Seri Rina Harun dan pelakon Rosyam Nor telah dikecam hebat oleh netizen di media sosial.

Ini berikutan kata-kata kasar dan tindakan merendahkan martabat kaum wanita didakwa netizen terlihat jelas sepanjang kempen itu dijalankan di TikTok.

Advertisement

Baru-baru ini, penyanyi Nourul Depp turut memberikan pendapat mengenai video tersebut dan mendakwa dia mengenali sikap sebenar Rosyam Nor kerana pernah bekerjasama dengan aktor itu sebelum ini.

Sebagai yang pernah bekerja dengan artis lelaki ini, saya tahu bagaimana dia. Menghormati wanita? Hmm. Tengok sendiri lah.

Kata Nourul, dia terpaksa komen sedemikian rupa meskipun akan ada peminat yang akan mengecamnya.

Nourul DeppSumber : Twitter  

Tambahnya, dia tidak membenci Rosyam, tetapi hanya tidak menyukai tindakan dan juga peribadi pelakon lelaki itu.

Terdahulu, berikutan tularnya video itu, Rosyam tampil menjelaskan perkara sebenar di mana dia tidak mempunyai niat untuk merendahkan martabat wanita, namun hanya ingin memberikan kesedaran kepada wanita untuk bangkit dan bersemangat memajukan diri masing-masing.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending pada pautan di bawah.

kpwkm rina harun rosyam nor
5 hari lalu

"Aku Nak Belasah Kepala Korang" - Rosyam Nor Perlekeh Wanita Di TikTok KPWKM, Rina Harun Digesa Letak Jawatan

The post “Saya Tahu Bagaimana Dia..” – Kes Video KPWKM, Nourul Depp Dedah Sikap Sebenar Rosyam Nor? first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments