Siapa yang tidak kenal dengan penyanyi dangdut kontroversi, Baby Shima yang sering kali menjadi perhatian netizen kerana tindakannya yang dianggap mengundang kecaman.
Terkini, pelantun lagu Baby Sayang itu memuat naik satu hantaran di Instagram miliknya meluahkan rasa kesal terhadap sebuah jenama pakaian terkenal kerana tidak mengambilnya sebagai model seluar dan baju dalam.
Sampai hati tak ambil Shima buat promo seluar dalam dan baju dalam ni!”
Dalam ‘caption’ posting tersebut, Shima turut menyatakan bahawa dia berasa cemburu dengan rakan artis yang berjaya mengiklankan jenama berkenaan.
Bukan apa, ramai artis Malaysia dah dapat buat iklan ni! Cemburu lah tengok komen-komen tempat dorang.. Ramai yang komen (WAH NICE, SO SEXY DEAR, LIKE IT, NICE SHAPE, U SLAYY, STUNNING) Nak try juga mana tau dapat komen-komen hebat macam tu…”
Entri berikut membuatkan sesetengah warganet berasa kurang senang dan menasihatkan Baby Shima supaya berubah ke arah yang lebih baik.
Walau bagaimanapun, ada yang menganggap kemas kini itu hanyalah bersifat sarkastik memandangkan selebriti yang berpakaian lebih seksi berbanding Shima tidak dikecam seteruk dirinya.
Sekadar info, Baby Shima sebelum ini dikecam kerana memuat naik video memakai seluar legging yang terlalu ketat sehingga memaparkan bentuk seluar dalam ketika berada di Indonesia.
The post “Ramai Artis Malaysia Dah Dapat Buat Iklan Ni!” – Baby Shima Teringin Nak Jadi Model Baju Dalam? first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments