#Hiburan: Tular Di FB Budak Sekolah Berjaya Lari Dari Penculik, Rupanya Murid Reka Cerita Sebab…

Seorang murid lelaki Tahun Empat yang pulang lewat ke rumah sanggup membuat laporan polis palsu hanya kerana takut dimarahi oleh keluarga.

Menurut Ketua Polis Kedah, Datuk Wan Hassan Wan Ahmad, kanak-kanak itu melaporkan kejadian kononnya dia berdepan detik cemas hampir menjadi mangsa culik di Taman Angsana, Kulim.

Advertisement

Hasil siasatan lanjut pihak polis bagaimanapun mendapati dia sengaja mereka-reka cerita tentang insiden cubaan menculik itu ketika membuat laporan pada 17 September lepas.

Menerusi keterangan yang dibuat, murid itu mendakwa dia dan abangnya berusia 13 tahun berada di satu kawasan perumahan dan didatangi seorang lelaki tidak dikenali.

Ketika kejadian jam 3.30 petang itu, individu tersebut dikatakan bertanya kepada mereka tentang lokasi sebuah sekolah sebelum dua beradik berkenaan menunjukkan arah kepadanya.

Dia juga mendakwa ketika dalam perjalanan, lelaki itu berhenti membuang air kecil di kawasan hutan berhampiran. Dia seterusnya mendakwa terdengar lelaki berkenaan memberitahu seorang rakan yang dihubungi melalui telefon bimbit mengenai rancangan untuk menculiknya.”

Ceritanya lagi, disebabkan itu dia terpaksa berlari ke jalan besar dan meminta bantuan seorang lelaki tidak dikenali untuk menolong menghantarnya pulang.

Selepas disoal siasat, ternyata dia menipu tentang insiden terbabit kerana takut dimarahi keluarga akibat lewat pulang ke rumah.

Pihak polis kemudian memanggil ibu bapa murid lelaki itu untuk memberi penerangan berhubung kes tersebut yang diklasifikasikan sebagai tiada berlaku sebarang kesalahan (NOD).

Disebabkan cerita yang direka oleh murid itu, tular satu mesej di media sosial tentang mangsa kononnya berjaya melepaskan diri selepas bergelut dengan penculik berhampiran kolam udang di belakang sebuah sekolah.

Mesej itu tular selepas dimuat naik oleh seorang pengguna Facebook namun ia kini sudah dipadam dan polis menasihati orang ramai untuk tidak mudah percaya atau sebar cerita yang tidak sahih.

ketua polis kelantan
5 jam lalu

Kecoh Di WhatsApp Kes Culik Pelajar Sekolah Di Kelantan, Pihak Polis Minta Berhenti Sebar ‘Fake News’

The post Tular Di FB Budak Sekolah Berjaya Lari Dari Penculik, Rupanya Murid Reka Cerita Sebab… first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments