Pendakwah bebas iaitu Ustazah Asma’ Harun sering dilihat lantang memberi teguran mengenai apa-apa isu yang berkaitan agama dan industri dunia hiburan.
Namun, baru-baru ini Ustazah Asma’ telah membuat ceramah menerusi sesi live di TikTok miliknya dan meluahkan rasa sebak apabila dia dikecam hebat gara-gara sekeping gambar bersama anak orang kenamaan atau VIP.
Menerusi video tersebut, Ustazah Azma’ tidak dapat menahan tangisan kerana menerima kecaman bertubi-tubi dan dilihat berkali-kali mengesat air matanya menggunakan tisu dan cuba untuk mengawal emosi.
Sampai hari ini, saya dikata tali barut, penjual agama, penunggang agama, hipokrit, lepastu dimaki hamun dengan segala jenis binatang. Apa yang kalian buat sebenarnya?
@wawaygmanis1601hijab Jgnla kita terpedaya dgn hasutan Fitnah#IniZamanFitnah#SemogaAllahLindungiKitaSemua #SayangUstazah#fyp
Meninjau di ruangan komen, perkongsian video itu telah mendapat pelbagai reaksi daripada orang ramai yang rata-ratanya turut bersimpati melihat ujian yang dihadapai oleh Ustazah Asma’ dalam berdakwah.
Malah, ada juga yang memberi kata-kata semangat dan mendoakan agar beliau sentiasa diberikan kekuatan untuk terus berdakwah.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.
The post “Ujian Akhir Zaman” – Menangis Dalam ‘Live’, Ustazah Asma Tak Tahan Dikecam Berterusan Tanpa Sebab first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments